Tuesday, March 30, 2010

NUKILAN

Perpisahan adalah suatu yang menyakitkan walaupun ia dilakukan dengan cara lemah lembut sekalipun ia tetap terasa. Umpamanya menarik rambut dalam tepung, walaupun rambut tidak putus namun tepung tetap berselerak begitu juga perpisahan yang belum puas di nikmati adalah lebih baik dan menambah eratkan kasih sayang daripada berpisah cinta dalam perasaan dendam dan benci. Oleh sebab itu, kesabaran itu penting dalam perhubungan.

PUITIS CINTA...



mengapa manusia tidak setulus kata,

mengapa hati tidak setulus cinta,
ku berikan janji setia,
kau bersandiwara,
walau hanya diduga kau lantas berpaling tadah,
adakah setiamu hanya dilidah?
adakah jujurmu hanya madah?
atau mungkin hadirku bukan kau pinta,
atau aku yang buta kerana menangih senoktah cinta seorang insan.

LUAHAN RASA CINTA

Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa,
Membicarakan kata hati yang meronta,
Hati meronta ketika diri bertanya,
Adakah benar cinta itu bertahta,
Dilubuk hati yang kian meronta.

Cinta itu buta,
Ibarat malam tanpa pelita,
Hadirnya tidak dipaksa,
Tiba-tiba kita boleh rasa,
Rasa yang tidak dipaksa,
Hadirnya seribu persoalan,
Adakah benar ini cinta.

cinta oh cinta!


  • Mungkin anda memang benar-benar jatuh cinta secara mendalam padanya,tetapi jangan lupa luangkan sedikit waktu untuk mengetahui atau memerhatikan apa yang diingin si dia.luangkan waktu untuk mempelajari keperibadiannya bukan hanya fizikal semata-mata.
  • Orang yang bercinta akan ada sifat berpura-pura seolah mengambil berat pasangan mereka disamping bertolak ansur berlebihan kepada pasangan mereka. sebenarnya ia tidak jujur pada diri sendiri.
  • Memulakan suatu hubungan memerlukan waktu yang betul untuk hubungan terus mekar.sekiranya memulakan hubungan terlalu cepat, kemungkinan berakhir dengan sesuatu yang kurang baik.
  • Menyerah diri tidak menjamin pasangan akan setia atau tidak untuk meninggalkan anda. usah menjadi bodoh dengan menyerahkan kesucian diri kerana ia tidak menyelesaikan masalah.
  • Kebahagiaan anda bergantung pada anda sendiri,jika anda fikir kebahagiaan anda bergantung pada pasangan, anda silap. anda boleh jatuh cinta pada sesiapa saja yang mampu membuat anda bahagia. jangan perhatikan pada seorang insan saja.

5 KEAJAIBAN CINTA


  1. Lemparkan seorang yang bahagia bercinta dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
  2. Kekasih terbaik adalah ketika duduk bersama di sebuah ayunan, tanpa ada ucapan sekatapun, dan ketika harus berpisah dengannya terasa seolah-olah perkara tersebut yang menyenangkan pernah dilakukan bersama.
  3. Cinta dapat mengubah pahit jadi manis, debu beralih emas, sakit jadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  4. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat dan sesuai dengan kita.
  5. Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memengang tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah hebatnya cinta...

INFO HERO



6 SITUASI BUAT LELAKI MENANGIS...
  1. PUTUS HUBUNGAN DENGAN KEKASIH -Lelaki yang terlalu menyanyangi kekasih hatinya pasti menangis bila hubungan terpisah.Biasanya lelaki tidak boleh menerima hakikat hubungan cinta itu berakhir di tengah jalan, dan ia tidak diakhiri dengan sebuah perkahwinan.
  2. BILA JATUH SAKIT - Lelaki akan menangis bila jatuh sakit, mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suami akibat penyakit yang dihadapi.
  3. KEHILANGAN PASANGAN - Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak macho bila pasangannya meninggal dunia.Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat, dukanya amat lama untuk sembuh.
  4. TERTEKAN - Tidak kira bebanan pekerjaan, masalah peribadi dan sebagainya akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada lelaki yang mengambil jalan mudah dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.ini merugikan mereka juga.
  5. BERTENGKAR DENGAN PASANGAN - Lelaki juga akan menangis tidak sanggup melihat pertelingkahan dalam rumah tangga. lebih memburukkan keadaan apabila isteri meminta cerai.

Sunday, February 28, 2010

Persahabatan dan Percintaan


Bermusim persahabatan beralun
tersenyum menurut alunan rasa
walau tersembunyi derita
setia menanti bahagia
akhirnya ia di badai ombak
persahabatan bermusim retak
sepi tanpa angin
lesu tanpa cahaya.
Persahabatan adalah harapan
tidak peduli masa silam
hanya memandang depan
kini mendampa bahagia
semoga terlaksana kata
taat turuti hati
agar segala menjadi.

Hargai Cinta


CINTA ! Memperkatakan tentangnya nyata tidak pernah habis sampai bila-bila. Malah, pengertiannya bukan sahaja cukup luas tetapi juga terlalu subjektif untuk dirungkaikan. Ada yang kata cinta itu satu kata-kata keramat sebagai tanda kasihnya pada seseorang. Tidak kurang juga yang menganggap cinta itu punya kuasa tersendiri. Apa tidaknya kerana cinta seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah yang di luar kewarasan fikiran. Tidak kurang juga ada yang mentafsirkan cinta itu sebagai satu kebahagiaan dan juga kesengsaraan. Jadi pun persepsinya, yang lebih pasti cinta pada Yang Maha Pencipta itu bersifat abadi dan kekal selamanya.

Wednesday, February 24, 2010

Keinginan & Cita-cita........

Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Orang yang bercita-cita dan berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatu cita-cita.
Dalam dasar suatu cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.

Renungkanlah...............

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !