Sunday, February 28, 2010

Persahabatan dan Percintaan


Bermusim persahabatan beralun
tersenyum menurut alunan rasa
walau tersembunyi derita
setia menanti bahagia
akhirnya ia di badai ombak
persahabatan bermusim retak
sepi tanpa angin
lesu tanpa cahaya.
Persahabatan adalah harapan
tidak peduli masa silam
hanya memandang depan
kini mendampa bahagia
semoga terlaksana kata
taat turuti hati
agar segala menjadi.

Hargai Cinta


CINTA ! Memperkatakan tentangnya nyata tidak pernah habis sampai bila-bila. Malah, pengertiannya bukan sahaja cukup luas tetapi juga terlalu subjektif untuk dirungkaikan. Ada yang kata cinta itu satu kata-kata keramat sebagai tanda kasihnya pada seseorang. Tidak kurang juga yang menganggap cinta itu punya kuasa tersendiri. Apa tidaknya kerana cinta seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah yang di luar kewarasan fikiran. Tidak kurang juga ada yang mentafsirkan cinta itu sebagai satu kebahagiaan dan juga kesengsaraan. Jadi pun persepsinya, yang lebih pasti cinta pada Yang Maha Pencipta itu bersifat abadi dan kekal selamanya.

Wednesday, February 24, 2010

Keinginan & Cita-cita........

Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Orang yang bercita-cita dan berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatu cita-cita.
Dalam dasar suatu cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.

Renungkanlah...............

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !